Thursday, July 9, 2009

pagi yg indah

so...aku tunggu madam team manager dtg. dia kata arini dia masuk kul 7am.

7.15am tak sampai lagi. 7.30am aku call...dia cakap dia masuk kul 8am.

ok takpe aku tunggu even dia kata dia akan drop me an email. blk time tu pun mmg sangkut dalam jem kat Batu Tiga so might as well aku lepak opis bergelak ketawa dulu.

sebenarnye berdebar jugak la sbb kena panggil dgn madam team manager kan. mesti ada mende penting. kalo tak penting, takkan dia takleh tunggu aku keje time siang kalo sekadar nak borak2.

positif juju, positif.

aku risau, sbb lately ni mulut aku laju je komplen itu ini. mana tau dia nak terminate aku ke, nak tukar team ke...cuak cuak

kul 8am terpacul lah beliau. belum pape lagi aku dah pegi. dia terkejut tgk aku, tak expect aku tunggu kot.

last 3 days aku ada borak2 dgn encik team manager. borak2 kosong je, cite pasal keje, gaji and all.

rintihan aku telah disampaikan ke hadapan madam team manager.

kenaikan gaji aku...

katanya perlu melalui byk stages. dia dah lulus, business manager dah lulus tapi org2 atas sane la byk cekadak. asal dgn company Kerang je, dorg kedekut. tak byk untung kot serve company Kerang ni. orang2 dia demanding (seperti aku). actually, aku takde la mintak naik gaji ke apa. sbb aku tau mmg sgt miracle utk org naik gaji skrg di mana keadaan paycut adalah 5% hua hua hua. tapi maybe sebab ayat sedih seperti di bawah ini telah mengundang gerimis di hatinya

well, maybe i'm not that good in doing my job in order for me to get higher pay

aku tak kesah pun (hahaha, ni aku tipu). tapi madam team manager kata since stages utk dpt kelulusan tu amatlah azab, dia mencadangkan satu cara...

oleh kerana kenaikannya yg dipersetujui antara managers adalah 14%, so madam team manager memberikan greenlight aku aku claim OT sebanyak 14% drp gaji aku skrg sbg jalan utk mengcompensatekan aku disebabkan salary freeze tersebut.

hip hip hooray!!!!

happy ke?

tak tau ada tak org yg pnah rasa apa yg aku rasa skrg...

situation nya :

kita dah tunggu satu benda tu for a very long time, because we thought we would be happy with it. but when the thing is in your hand, you're not that happy. sebelum dapat, mmg siang malam duk mikir...tu la happiness yg kita cari selama ni but sebenarnya we are totally wrong.

ini yg terjadi dalam idup aku sekarang. i've been waiting for almost 3 years, tapi rupanya this is not what i want. well, bukan tak nak, tapi...tah. tak tau. ada suara2 sumbang yg cakap aku tak bersyukur, terpulang. yeah, i know i shoud be thankful. tapi aku rasa camni maybe sebab dah lama sangat kot aku duk tunggu. sampaikan aku rasa mmg dah takde harapan.

peluang hanya datang sekali. kalo ada datang untuk kali kedua ketiga dan seterusnya, it's different. jarang peluang yg sama dtg byk2 kali. so, just take it or leave it.

but aku berpegang pada...

dont take it if you think you will be happy with it,
but take it if you know you will be unhappy without

but i know with the decision that I am about to take, will give me a slight impact especially my financial. takpe la, it's for my future though. so I guess everything will be in order now, even agak lari dr actual planning but still it's on the right track. i have to use my backup plans for now.

so just wait for the big day!!

IKLAN
malam ni duk layan rock kapak zaman 80an/90an...kenangan lama mengusik jiwa

Wednesday, July 8, 2009

tido sampai lemau

aku bgn tido kul 2.30pm arini...

pagi tadik solat Subuh kat office, sebelum masuk Subuh tu tido dulu. dapat la sejam. reached home at 6.45am, tido lagi. sebelum tu, from 3.15am-4.45am aku dah tido dah.

bgn, mandi, solat Zohor and off to office at 3pm. hohoho...tegas gile bgn tido terus gi office. tu pun sbb ada meeting.

meeting until 5pm, gi mkn then kul 6pm blk Shah Alam. mandi, solat Asar and tidoooo...

bgn kul 7.40pm solat Maghrib, sambung tido lagi. kul 8.15pm bgn, tunggu Isyak and off to office

agak2 bape jam eh aku tido tu.

dan hasilnye dgn tido yg melampau2 tu, aku lemau gile kat office. tak produktif langsung, pulak tu tgk email sky rocketing. alamatnye mmg kena stay sampai abih shift hour la ni

IKLAN
dapat email dr madam team manager. nak jumpa pagi esok. adakah aku akan kena sound kaw kaw dgn perlakuan aku lately di office?

Tuesday, July 7, 2009

santai

mlm ni produktif lak aku nye...

mlm tadi keje sampai kul 7am tak siap2. sib baik ada colleague nak tolong siapkan report. mata aku dah barai gile.

tapi malam ni by 12.30am aku dah siap semua. SEMUA. takde yg tinggal. report dah hantar segala. so aku takde mende nak buat dah. rasa2 mcm nak tido, tapi bosses duk ada lagi melilau2. so aku layan MJ kat CNN. as my new seating is very strategic, apa aku buat pun takde org tau. tapi, aku ilang pun takde org sedar. bahaya gak tu.

smlm dorg suh aku pindah duk depan sket tapi aku malas nak tukar2 tempat ni. duk je la sini, aman damai.

aku layan Cerekarama tajuk Kontrak Cinta kat Youtube jugak sbb MJ tu tah bila2 nak tanamnye. sambil duk belek2 muka kat cermin, duk tenyeh2 lipbalm sebab bibir kering duk dalam aircond...

encik boss berdiri kat tepi, gayang2 tangan dia sbb aku tak sedar. ye, begitulah aku kalau hanyut dgn headphone ni.

aku dah menggelabah. ye la, mmg tak buat kerja. duk layan movie. mau tak cuak kan. dia dah la beso. tapi dia tak cakap apa pun, cuma...

boss : juju, move to the front la.
me : no need la. i'm ok here
boss : so far from others. what if you kena culik?
me : who wants to culik me. pintu pun takde dekat2 ni
boss : so u ok sitting here?
me : of course. i can even sleep
boss : i hire you to do work, not to sleep
me : i finish all, nothing to do now
boss : ok then, enjoy yourself watching movies

boss kasik greenlight...adakah aku patut balik saje?

edited 08072009; 0452hrs

aku dah bgn dr beradu since mmg dah takde mende sgt-sgt-sgt dah nak buat. to my surprise, si MJ ni tak jugak lagi tanam2. dah bape lama dah ni, sebok duk nyanyi2 bagai. kalo Islam, ni bukan gayanya. pastu tak salah aku dgr tadik, mayatnya will be buried with another hollywood celebrities?

apakah?

skrg ni bersiaran, motorcade with cascade. tak tau mana2 la dorg heading nih.

since dah takde mende sgt ni...so aku nk balik rumah. jam menunjukkan 0511hrs

Friday, July 3, 2009

masa berlalu...

aku rasa 2009 ni cepat sgt berlalu...


tup tup dah masuk Julai, bulan depan dah puasa, bulan September dah raya. arini pun dah 10 Rejab, tapi aku ni takde peluang nak berpuasa lagi. bukan tak nak, tapi tak boleh.

dan tahun ni julung-julung kalinya aku tak ke mana-mana. takde holiday so far. sebab time management aku teruk tahun ni, financial pun hancus. so leh gi jalan dekat-dekat jek. ada bbrp planned holiday yg aku cancel due to masa yg aku rasa tak pernah cukup. next trip yg aku terpaksa cancel...will be Jakarta trip end of this month.

reason?

we're going here

oh saya sungguh tidak sabar okehhh. mau menonton legend ni beraksi setelah sekian lama. last performance aku layan kat Planet Hollywood last 2 years. masa tu Amy dah tak peewittt sgt dah. this will be the last concert, so I want to be part of the history. hak hak, poyo.

preparation for the event : tempah suar kulit; material? naik bas then amik kulit seat tu tu wat suar...tapi skrg ni ada lg ke bas pakai seat gitu? bkn ke bas sume pakai fabric ke. mungkin dah byk tanggung kerugian dgn ada nye insan2 rock kangkang mcm aku ni...


sneakpeek sket